Lilypie Maternity tickers

Isnin, Jun 21, 2010

NKRA oh NKRA

hari ni hari pertama persekolahan setelah bercuti 2minggu... pandang muka masing2 semuanya tak bersemangat lebih2 lg pelajar...erm apalah dorang tue... aku hari ni cuma ada 1 masa je mengajar..(40 minit) mengajar..tp disebabkan perhimpunan yang agak panjang, dapatlah masuk kelas 15 minit.. xdpt mengajar pun..so aku membuat keputusan untuk menyemak semula fail kerja kursus pelajar tingkatan 3..sebab minggu depan ada pentaksir kawasan nak datang check markah kerja kursus....so aku kena suruh budak2 melangkapkan apa yg kurang supaya senang aku nak bagi markah..dan aku mahukan semua pelajar ku mendapat markah yang tinggi sebabnya ni je la cara nak bantu mereka dalam PMR nnti...walaupun KHB ni bukan la subjek yang susah...tp ntah ler..nasib baik gak la ada kerja kursus...hehehe... so selepas tamat sesi p&p...aku pun memulakan misi menyiapkan key in data untuk NKRA..walaupun aku telah start key in data dalam masa cuti sekolah..namun masih banyak yg belum cukup...banyak sangat data yang diperlukan untuk menyelesaikan NKRA tu... serabut dah kepala fikir nak dapatkan data tu... lebih kurang jam 11 pagi, aku bermesyuarat bersama pengetua dan kak rosliza.. sama2 memikirkan cara untuk mendapatkan maklumat dgn cepat dan tepat..even tak la sgt tepat..mati ar nak dapat yg sgt tepat..kalau data tu data 2010 tu logik gak la kan..ni tak...data ni semua adalah data tahun 2009...ha...bayangkan la... part markah2 semua aku dah key in masa semua guru n pelajar berehat bersuka ria menghabiskan masa cuti sekolah..aku gak yang terpaksa membatalkan hasrat untuk bercuti jauh sket..huhuhu...
walaupun sgt rumit untuk menyelesaikan NKRA ni, namun sgt bagus sistem ni dicipta...sebab pihak kementerian dapat memantau setiap sekolah malah setiap guru yang mengajar..adakah ia bersesuaian dengan tahap pencapaian sekolah... yang paling bagus..bila jadi camni..time ni la kita akan jumpa kerja2 tahun lepas yang dorang tak siapkan...hahaha...pecah semua.. so atas ikhsan pengetua yang baik hati...aku diberi 2 orang pembantu disamping ketua2 bidang yg lain untuk menyiapkan kerja nie...mekasih sgt2...lagi aku suka dan membuatkan aku tersenyum apabila pengetua menyatakan aku dikecualikan dari relief kelas..huh lega..kalau tak..muka aku je la yg kena relief kelas...ye lah guru data kan kurang mengajar..so dorang mungkin fikir aku ni rilex xde keje nak buat..tak tau..hakikatnya aku ada 20 waktu seminggu untuk data sahaja tau..kalau campur dgn kelas sudah jadi 32waktu...tak campur lagi ngan relief2 yg aku dapat...nak bandingkan ngan yang lain hanya paling banyak pun 28 waktu...erm..tak ke aku terkejar2..baru nak fokus keje.. kena relief kelas..tp aku ni 'saya yang menurut perintah' so kenalah buat semua tue...kita kan bekerja dalam organisasi..so xnak la ada org mengata belakang kan...hanya org2 yg dah tau n faham je la yg ok...
ok...aku sangat berharap semua kerja ni akan dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan..sebab aku nak kena setlekan kerja kursus lak..pastu data kutipan perdana lagi...huhuhu...

mekasih kepada semua yang banyak membantu dalam kerja2 ni semua..
terima kasih juga kepada suami tercinta kerana memahami dan sanggup membantu isterimu ini..hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan